Huraikan struktur masyarakat feudal yang diamalkan di Jepun

Pendahuluan :

§     Konsep feudal boleh dimaksudkan dengan kuasa politik yang dikuatkuasakan secara tempatan oleh individu  tertentu atau kerajaan pusat. Marc Bloch dalam bukunya Feudal Society, mentakrifkan istilah feudal digunakan bagi menerangkan seluruh kelakuan dan adat yang diterima dan wujud pada ketika itu serta organisasi kelas atasan yang meliputi perjanjian secara bertulis yang didominasi kekuasaan golongan atasan.

§     Sistem beraja dibantu oleh pembesr dalam menjalankan urusan pemerintahan dan pentadbiran.masyarakat feudal terbahagi kepada dua lapisan masyarakat. Golongan pemerintah dan golongan di perintah. Golongan pemerintah terdiri daripada maharaja, pembesar daimyo dan golongan diperintah terdiri daripada samurai, petani, tukang mahir dan saudagar.

Isi-isi penting:

Golongan raja atau Shogun Tokugawa

§  Sistem pemerintah diketuai oleh maharaja. secara teorinya maharaja dianggap sebagai pemerintahan keduniaan dan kerohanian. Maharaja  Jepun dikaitkan dengan unsur ketuhanan yg bertujuan meningkatkan dan menguatkan kedudukan maharajaserta menanam kesetiaan rakyat kepada maharaja.
§  Maharaja berperanan sebagai ketua agama dan ketua negara. Tetapi maharaja tiada kuasa pemerintahan di bawah shogun Tokugawa. Maharaja tinggal terpencil dan terpisah di Kyoto yang dikeliling oleh pengawal istana. Ini bermakna, sistem ekonomi juga di pegang oleh shogun tokugawa dan para pembesar yang akan mengutip cukai

Golongan Pembesar Daimyo

§  Daimyo terbahagi kepada 3 kumpulan utama iaitu, Daimyo fudai, Daimyo Shimpan dan Daimyo Tozama. Daimyo Fudai merupakan ahli keluarga tokugawa dan sekutunya. Mereka menbantu tokugawa menguasai pemerintahan dan diberikan tanah di bahagian tengah dan utara Honshu.
§  Daimyo Shimpan dikenali sebagai rumah persaudaraan yang terdiri daripada saudara mara keluarga tokugawa. Keluarga tokugawa yang utama dikenali  sebagai  Go-sanke milik anak Leyasu  yang terletak di daerah Owari ,kii dan mito. Daimyo Tozama pula dikenali sebagai daimyo luar di mana mereka merupakan musuh shogun tokugawa yang terdiri daripada suku-suku barat seperti kato, ikeda, asano, shimazu. Tindak-tanduk mereka sentiasa di awasi oleh shogun tokugawa. Selain itu, mereka juga dilarang mengumpul kekayaan demi mengelakkan mereka mnjadi terlalu kuat dan mengancam kedudukan shogun
Golongan Samurai

§  Samurai merupakan kelas panglima. Mereka mempunyai kedudukan istimewa dalam sistem susun lapis masyarakat Jepun. Mereka berfungsi menjaga keamanaan negara dan daimyo.
§  Mereka tidak diberikan tanah dan tidak dibenarkan melakukan kerja lain

Golongan  petani - nomin

§  Petani mendapatkan kedudukan istimewa diantara kalangan rakyat biasa. Amalan dasar tutup pintu yang dilakukan oleh Jepun menyebabkan mereka tidak mempunyai hubungan dgn negara luar. Oleh itu, petani mengeluarkan beras untuk rakyat Jepun dan menbayar sebahagian besar cukai. Mereka hanya diberikan makanan secukupnya sebagai balasan kerana hasil yang dikeluarkan untuk negara.

Golongan Artisan atau tukang mahir

§  Artisan adalah dibawah golongan petani dimana mereka akan membuat pedang serta peralatan yang berguna. Mereka di beri penghormatan dan sumbagan masyarakat dan di beri gaji serta rumah yang baik. Tukang kayu juga turut diberi layanan yang sama serta diberi gaji sebanyak 500 koku dan dibenarkan memakai sebilang pedang

Golongan Pedagang - chonin

§  Pedagang di bawah tukang mahir. Mengikut tradisi Jepun, golongan pedagang dipandang rendah oleh masyarakat feudal kerana mempunyai pekerjaan yang hina dan tidak menguntungkan. Namun begitu, keadaan yang aman menjadikan ekonomi semakin berkembang dan para pedagang berjaya mengumpul wang dan harta dengan banyak.
§  Mereka berjaya memperbaiki status diri dan mengikat ramai bangsawan melalui hutang. Mereka telah memperkenalkan cara pengurusan baru yg akhirnya diwarisi oleh syarikat moden Jepun. Antara keluarga saudagar terkenal termasuklah mitsui dan Noraya Mozaemon

Penutup

§  Masyarakat feudal Jepun lebih ketat kerana pembahagian golongan masyarakat di buat berdasarkan perkerjaan yang diwarisi
§  Kedudukan maharaja Jepun diperkukuhkan semasa pemerintahan meiji dan diaggap sebagai raja perlembagaan maharaja dihormati dan sistem ini kekal sehingga hari ini.

Post a Comment

0 Comments