Pembangunan modal insan penting dilaksanakan untuk melahirkan tenaga kerja yang berkualiti tinggi,berkemahiran dan berpengetahuan, serta kreatif dan inovatif. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi merealisasikan hasrat tersebut
Langkah untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi ialah memperluas akses kepada pendidikan berkualiti. Kerajaan memperuntukkan dana yang banyak dalam memastikan bidang pendidikan dapat melahirkan modal insan berkualiti. Misalnya sebanyak RM 6.3 bilion disediakan untuk menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan, dan peralatan serta mermatabatkan profesion guru. Pelbagai bantuan disalurkan kepada pihak sekolah bagi memastikan bidang pendidikan dapat terus dipertingkatkan. Misalnya, yuran persekolahan juga telah dimansuhkan dan para pelajar juga akan diberi sebanyak RM 100 bagi pelajar sekolah Tahun 1 hingga pelajar Tingkatan 5 untuk membeli buku-buku rujukan.
Langkah seterusnya untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggiialah memantapkan pendidikan sekolah rendah dan menengah. Dalam memantapkan bidang pendidikan pihak kerajaan telah merancang untuk memperkasakan profesion perguruan ke peringkat yang lebih tinggi. Misalnya, kerajaan menyediakan biasiswa bagi guru-guru yang melanjutkan pelajaran dalam usaha untuk mempertingkatkan kemahiran modal insan guru-guru. Kerajaan juga berusaha untuk memantapkan lagi penguasaan bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Kerajaan telah mengambil 375 orang guru penutur jati dari United Kingdom dan Australia untuk mempertingkat pengajaran bahasa Inggeris di sekolah.
Langkah lain untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi ialah mengarusperdanakan pendidikan teknikal dan latihan vokasional. Kerajaan telah memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional seperti yang dilaksanakan di negara-negara maju.Misalnya, dengan mewujudkan sekolah teknik dan vokasional di setiap negeri seperti Kolej Vokasional Kuching di Sarawak dan Kolej Vokasional Shah Alam di Selangor. Di negara maju, pendidikan teknikal dan vokasional menjadi antara pilihan utama pelajar kerana pendidikan tersebut menyediakan prospek kerjaya yang baik. Misalnya, Jabatan Pembangunan Kemahiran akan mengeluarkan sijil-sijil yang diiktiraf bagi kemasukan dalam perkhidmatan awam dan institusi pengajian tinggi.
Langkah berikutnya ialah dengan mempergiat program latihan dan kemahiran. Meningkatkan kemahiran graduan kejuruteraan dan pekerja teknikal selaras dengan keperluan pasaran. Misalnya, kerajaan menyediakan dana bagi mempergiat “Program Industrial Skill Enchancement” di Pusat Latihan Kemahiran Negeri bagi meningkatkan kemahiran graduan dan pekerja. Graduan jurusan lain juga digalakkan untuk mengembangkan kompetensi dan keboleh pasaran. Misalnya,melalui Program Pentauliahan Profesional, Pembangunan Sukan, keusahawanan, Skim Pengurusan Keboleh pasaran Siswazah, dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
Langkah akhir dalam melahirkan modal insan yang berkualiti ialah memperkasa pengajian tinggi. Menambah peratusan staf akedemik berkelulusan PhD. Misalnya, penambahan staf akademik berkelulusan PhD sebanyak 75 % bagi universiti penyelidikan dan 60 % bagi IPTA yang lain. Para pensyarah juga berpeluang menikmati kenaikan pangkat. Misalnya, kenaikan pangkat pensyarah di IPTA ke peringkat tertinggi Gred Turus III,II, dan I serta dianugerahkan sebagai Profesor Ulung tanpa memegang jawatan pentadbiran.
Kesimpulannya, pembangunan modal insan hendaklah dirancang dan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Penggembelengan tenaga dari semua warga institusi latihan hendaklah dilakukan secara menyeluruh,memandangkan tugas menyediakan modal insan ini adalah tugas besar.
0 Comments