Tadbir Urus Perkhidmatan Awam

Kecemerlangan tadbir urus dalam perkhidmatan awam menuntut ciri-ciri kepimpinan yang berkualiti. Tadbir urus yang baik dalam sesebuah perkhidmatan awam akan dapat menangani pelbagai cabaran yang dihadapi.

Ciri-ciri kepimpinan berkualiti adalah

Keadilan dalam pentadbiran

  • Seseorang pemimpin dalam sesebuah perkhidmatan awam atau organisasi perlu bersikap adil terhadap pekerjanya dalam pengurusan kerja.
  • Tidak berat sebelah atau pilih kasih terhadap pekerja.
  • Penurunan kuasa juga tidak seharusnya berlaku dalam pentadbiran.

Mempunyai iltizam yang kuat

  • Kepimpinan yang lemah iltizamnya dan berwawasan akan menyebabkan integriti sesebuah organisasi di bawah kepimpinannya akan merosot.
  • Hal ini boleh berlaku kerana pemimpin yang lemah iltizamnya tidak sanggup melarang pekerja bawahannya dari amalan rasuah.
  • Hal ini kerana mereka takut kehinlangan pengaruh.

Bersikap tegas dalam pentadbiran

  • Pemimpin perlu tegas dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pegawainya yang terlibat dengan rasuah, salahguna kuasa, masalah disiplin, mensabotaj organisasi, dan sebagainya.
  • Pengurusan sebegini amat perlu bagi memastikan ahli-ahli dalam agensi mempunyai etika yang tinggi dan berdisiplin.
  • Hal ini juga dapat mendapat kepercayaan orang ramai dalam sesebuah sektor awam.

Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik

  • Komunikasi yang baik penting untuk memastikan pelaksanaan tugasan yang tepat dan efisien.
  • Pemimpin yang berkualiti harus mampu memberikan penjelasan terhadap apa-apa jua tindakan dalam pelaksanaan tugasan.
  • Pekerja mudah memahami arahan dan dapat menjalankan tugas secara telus.
  • Ketelusan boleh dilihat melalui proses kerja yang jelas dan mudah difahami.

Peka terhadap perubahan

  • Seseorang pemimpin yang mempuyai ciri kepimpinan berkualiti perlu sentiasa bersedia untuk berubah.
  • Sanggup menjalani perubahan dari segi pengurusan supaya meningkatkan kecekapan dan keberkesanan tadbir urus.
  • Hal ini demikian akan dapat melahirkan sebuah organisasi yang lebih berdaya saing dan dinamik.

Mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif

  • Dapat mewujudkan struktur organisasi yang baru dengan persekitaran kerja yang selesa atas kerjasama dengan ahli-ahlinya.
  • Menggantikan sistem, prosedur dan garis panduan yang lemah.
  • Mampu menjadikan perkhidmatan mempunyai daya saing yang setanding dengan sektor swasta.
  • Kesimpulannya, sistem perkhidmatan awam perlu inovatif, kreatif dan cekap bagi menjadikan perkhidmatan awam mempunyai daya saing yang setanding dengan negara-negara maju yang lain.

Post a Comment

0 Comments